Tempat Patut Di lawati di Pulau Jeju : Pulau Saeseom dan Jambatan Saeyeongyo
FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.
Kembali bersiaran selepas blog ni mampos selama seminggu kerana bandwidth exceed melampaui kuota. Serverfreak ni nampak je murah, tapi sangat kelakar bila kau ubah layout theme semua, dia set pengunaan data against kau punya bandwidth storage. So kalau kira kira balik. Mahal nak mampos la sebenarnya. So aku dah jumpa hosting provider yang nampak mahal tapi dia punya bandwidth is unlimited. Nanti aku tukar kesana.
Ok lah, ini merupakan lokasi yang paling last dan mesti lawat bila di Jeju. Aku tahu ramai lebih berminat cerita tentang bandar Seoul dari Pulau Jeju ni kan…sebab Pulau Jeju tak ada retis dan shopping mall besaq. Hhhmmm.
Sebagai penutup, aku nak bagi tau lah, Pulau Jeju ni memang sangat sesuai untuk honeymoon sebenarnya. Atau sambutan ulang tahun perkahwinan. Atau pasangan yang maintain romantik sampai mati. Aku bukan buat lawak tau. Bila korang datang sini, memang akan perasan dan terasa keromantisan suasana. Ditambah pula di Pulau Jeju merupakan kawasan jenayah sifar. Jadi memang sangat selamat dan senang hati kalau nak beromantika sampai larut malam di sekitar lokasi yang aku tulis dalam blog aku.
Sana sini pasangan berpegangan tangan, berpelukan, gelak ketawa, laga laga hidung dan berkongsi makan aiskerim. Lovebirds ada di mana mana sahaja. Kami pula, merupakan pasangan Angry Birds. Laki aku sebuk nak cepat sampai ke destinasi dan semuanya nak pakai kaki. Aku pulak kepenatan sakit kaki mengikut kudrat aku yang tak seberapa ni lalu membuatkan aku sangat bengang. Hahaha. Kalau korang perasan, jarang benar aku ada gambar selfie ala geli geli dengan laki aku di Instagram atau facebook. Bukan tak cinta. Tapi memang bila time travel, slow melow, selfie laga laga pipi memang tak ada dalam kamus pengembaraan kami. Real talk ok.
Pulau Saeseom atau juga dikenali sebagai Pulau Burung terletak di Seogwipo, atau lebih tepat, bertentangan dengan Pelabuhan Seogwipo. Untuk ke Pulau Burung ni, kena menyeberangi jambatan Saeyeongyo yang mana kelihatan seperti Burj Dubai dari kejauhan. Kalau korang ada baca post aku pasal Air Terjun Cheonjiyeon, jambatan dan pulau Burung ni hanya 900 meter jaraknya. So silalah/ bolehlah pakai kaki.

Tiada bayaran dikenakan untuk melawat tempat ni. Kalau korang peminat pelbagai spesis burung yang unik, silalah melawat pulau Burung ni awal pagi. Pelbagai burung melepak di pulau Burung ni pada waktu pagi. Tapi kami datang ke Pulau Burung ni di waktu senja. Pemandangan matahari terbenam dari jambatan Saeyeongyo dan Pulau Burung tersangatlah cantik dan mendamaikan.
Pulau Burung ni kecil saja. Terdapat lorong dek kayu untuk pelawat berjalan kaki mengelilingi Pulau ni. Punyalah kecik, jarak keliling pulau tu hanyalah 1.2 kilometer sahaja. Orang pun tak berapa ramai dekat sini. Tak tahu lah kalau datang lagi awal kan. Kami datang sini dalam pukul 5 petang gitu
Enjoy the rest of the pictures.
Next – Cerita pasal bandar kesukaan ramai : Seoul.
Seogwipo, Jeju – do, South Korea
Leave a Reply