Tiga Beranak Berkemah at Walker River State Park

Selepas sembang kosong bertahun lamanya, akhirnya kami berpeluang bawa Athena camping secara official. Aku pun pelik sebenarnya dengan Botak. Selama aku kenal dia, memang dia kaki outdoor. Memang sebelum kami ada anak lagi, dah bercakap pasal nak bercamping bawa Athena masuk hutan.

Botak pun memang sentiasa membeli peralatan camping from time to time. Tapi tak pernah camping. Asal weekend je, dia malas nak keluar rumah, selonggok je dekat couch sampai aku naik menyampah. Bila Athena masuk sekolah, barulah dia ada keinginan nak bercamping. Itu pun sebab aku beli kereta SUV baru, rajin lah dia nak kesana kemari.

We choose to go during school’s spring break. Cuti sekolah 10 hari, tapi kami bercamping cuma 2 hari satu malam sahaja. Jadilah. Orang lain pegi Disney lah, balik kampung lah.. kami pegi camping sahaja.

As usual, Athena is very excited. Everytime when we hop into the car, she always excited. Walaupun pegi kedai dekat dekat. Budak. Begitulah.

Aku pun bukan pakar camping. Tak suka pun. Tapi sebab aku tak perlu buat apa apa just bawak diri je, so aku boleh la layan. Cuba kalau aku kena set up tent, cari kayu api & masak. Mampus aku takkan pegi.

Kalau camping kali ini merupakan first experince bagi Athena, ianya juga merupakan pertama kali bagi aku – berkemah di padang pasir. Selama ni aku hanya ada pengalaman camping di Alaska sahaja. Hutan hijau merimbun.

Kami pilih Walker River di Yerington. Bukan kami lah. Botak yang google & decided. Sebab aku dah malas nak planning apa apa. Aku dah letih kecewa bila setiap kali plan yang aku atur, batal begitu sahaja. Tapi, biasalah, kalau Botak yang pilih, aku jarang berkenan. Kau tengok lah jalan menuju ke camping site. Kosong tak ada apa apa. Padang pasir kut. Kalau ikut kan selera aku, aku lebih preferred camping nearby Lake Tahoe area. Banyak pokok, lake view dan tak panas. Tapi bila style last minute plan ni, semua tempat bagus bagus dah fully booked 8 bulan yang lalu. Itulah realiti bercamping di USA. Nak booking tapak kemah pun macam booking hotel. Kalau area best, orang dah book & bayar sejak last year.

Jarak pemanduan ke tempat ni hanya memakan masa 2 jam (128km) lepas ambik kira toilet break sepanjang perjalanan kan.

Tapak camping ni actually masih baru. Di rasmikan pada tahun 2018. Fee untuk camping hanya $5 untuk satu tapak. Tapak kemah dia available for both tent and RV camper. Basic facilities seperti toilet, pavillion dan fire pit included.

Area ni lebih kurang macam Oasis lah. Tengah padang pasir, tiba tiba ada sumber air, sungai kecil. So ada la rumput pokok serta lalang di sekitarnya. Tapi panas lah. Walau ada pokok pokok, tempat pacak kemah jauh dari pokoknya. Jadi pokok pokok tu semua hanya sebagai hiasan dan pandangan je lah. Sesampai je aku dah bagi rating 1/10.

Botak terus dengan kerja kerja pacak kemah. Athena main pasir. Aku keluarkan barang barang letak atas meja picnic. Ya aku tak tolong Botak pacak kemah. Sebab dia ni sejenis bangsa tak boleh kena kacau. Karang aku silap pegang ke apa dia jadi bad mood. So lantak lah dia terbongkok bongkok set up kemah tu.

Sama juga bila bab prepare api fire pit. Aku memang tak sentuh. Aku tak reti kalau tak pakai kerosene. Pakai kerosene kan senang, simbah je, campak mancis.. Haha. Ini nak kena bakar habuk cebisan kayu tiup bagai.. sorry lah.

Ini toilet dia. Bersih. Siap ada toilet paper rolls. Macam aku, memang bawa botol kosong sendiri untuk tadah air. Toilet dia besar siap ada sinki boleh basuh muka, gosok gigi. Aku terlupa nak ambik gambar masuk sinki.

Sementara Botak set up api semua, aku bawak Athena tengok anak sungai. Entah lah, anak sungai ke parit. Bosan aku. Aku membebel lah jugak dekat Botak. Apa lah tempat ni tak best. Kenapa tak macam camping di Alaska. Botak cakap dekat aku, actually, most of the camping site di USA macam ni je. Cuma aku start first camping aku di tempat yang terlalu extra ordinary, iaitu Alaska. Semua orang di USA mengimpikan peluang untuk berkemah di Alaska. So kiranya aku salah start la ni. Botak cakap aku start at 100. Memang takkan ada camping site yang akan buat aku suka bila camp di luar Alaska.

Korang boleh check post post camping aku di Alaska pada menu “LIVING ALASKA”

Tapi Athena suka lah. Budak. Berbekalkan sebatang ranting panjang dan anak sungai, berangan memancing ikan dekat tepi tu.

Bila dah senja baru teduh betul. Masa ni perasaan panas menggelegak aku dah sejuk.

Actually bukan kami sorang je ber kemah dekat sini. Pada hari tu ada lagi 2 RV. Across us family anak 3. Sebelah kami couple tua. Tapi macam biasalah mana boleh ambik gambar orang. Jarak antara tapak kemah memang jauh jauh. Tak perlu risau lah orang tengok tengok kau ke apa. 

Aku pun hias kemah pakai lampu Halloween tahun lepas. Saja lah bagi Athena excited. Ye lah kan, kita ni walau tak enjoy, tak suka macamana pun, kena buat juga semata mata untuk anak. Ini semua kenangan untuk dia.

Acara membakar marshmellow bermula. Kami tak masak dinner pun hari pertama sebab kami dah siap siap makan sebelum sampai ke sini. Ada bawa bekal siap untuk alas perut. 

Tapi tetap lah masak air untuk buat kopi dan hot chocolate

Kau tengok lah betapa happy nya Athena masuk kemah ada lampu lampu. Bagi dia ni dah sangat best. Aku masuk tidur agak awal. Botak melayan Athena bakar ranting masuk dalam fire pit. Lepas tu tukar tukar cerita seram lah konon kan.

Cuma aku nak cakap lah. Belah malam, sejuk gila macam kau berkemah di Cameron Highland. Aku tak dapat tidur nyenyak pun. Walau dah berjaket, stokin, tetap aku mengigil lah. Satu lagi, kenapa aku tak gemar tidur dalam kemah ialah bila Botak kentut time tidur. Ya Allah, aku lemas.

Athena tidur nyenyak. Kami tak kacau dia pun. Kami tunggu dia bangun sendiri. Risau  juga takut dia terkencing dalam tidur ke apa. Beratus kali aku pesan dia jangan kencing ok.. hahahha.  Tapi sebelum tidur memang aku ada bawa dia ke toilet lah kan. Alhamdulillah dia tak terkucil malam tu. Phew.

Mike prepare breakfast. Simple je breakfast camping ni. Benda wajib memang  kopi O, roti, baked beans dan telur. Senang. Athena pun boleh makan

Athena pun dah bangun. bawa dia ke toilet, basuh muka, berus gigi and all.

Happy camper!

Sementara Botak bukak kemah, aku jalan jalan dekat anak sungai. Itu pun Botak cakap pegi lah check. Not bad the view. Botak memang tahu aku suka ambik gambar. Dia dah explore awal awal lagi kawasan ni dengan Athena rupanya semalam.

Actually kau boleh bawa ATV dekat trail dia di sini. Dia ada trail for ATV dan trail untuk jalan kaki. Tapi aku memang dah rating 1/10 kan. So ATV ke, KTV ke, MTV ke, tetaplah takkan ubah rating aku tu. Kau tahu apa sebab?

Dalam perjalanan balik, tekak aku dah perit. Kepala aku dah sakit. Masuk angin sejuk semalaman. Disebabkan camping tengah padang pasir ni, aku demam seminggu sakit urat kau tahu??!! Sambung pulak batuk selesema 2 minggu. Bila kau dah berumur, memang banyak pantang lah kan. Tapi susah bila kau berlaki mat salleh. Dia cakap aku mengarut. Dia kata aku sakit sebab aku kurang exercise. Benci lah aku nak cakap.

So, itu je lah cerita kali ini pasal camping di tengah padang pasir. Memang aku takkan repeat lagi. Kecuali kalau glamping tu, mungkin lah aku pertimbangkan.

Sekian

YERINGTON, NV

LOCATION AND COST SUMMARY

Comments

comments

Leave a Reply