Tips Lawatan Kilat Untuk 1 Hari di San Francisco Part 2
FOR ENGLISH, CLICK HERE
Sambungan post berapa banyak tempat sempat dilawati kalau ada satu hari je di Bandar San Francisco.
5) China Town
Ok, yang ni, aku menyesal. Serious aku cakap. Sebab? China Town kat ceruk mana pun, sama je pemandangan dia. Tanglung, signboard tulisan cina, restoran cina, alunan muzik cina, parking bersumbat tepi jalan. Sama jek. Jonker Street kat Melaka lagi menarik la ok. Satu lagi, asal kau datang China Town je, kau mesti dapat supply beli bunga api POP POP. Alaaa macam bawang putih tu.. lepas tu baling ke lantai letup letup bunyi dia. Haaaa..ada satu group ni, mat salleh dari ceruk kampung mana ntah, (aku cakap kampung sebab depa berjalan ikut tour guide. So aku pelik la, takkan mat salleh datang negara mat salleh siap nak ada guide bagai? Kampung la tu) depa beli mercun tu, main baling kat kaki aku. Mula mula aku cool lagi. Tapi sampai aku rasa percikan api dekat betis aku, aku naik darah la kan. Aku terus menjerit cakap ‘asshole’ kat dia. Hangin satu badan aku. Mike siap pusing belakang, standby, mana lah tahu mamat tu nak tampar aku ke apa kan.. tapi, mamat tu gelak gelak cakap ‘why so serious’. Apak hang. Aku ni dah berkilometer menapak. Penat lah. Takkan aku nak happy happy orang baling mercun kat kaki kut?
6) The Painted Ladies
Atau ‘postcard row’. Yang ni, Mike yang sebuk nak pergi. Serious aku cakap, masa nak ke San Francisco, aku memang tak buat research langsung. Aku just percaya bulat bulat dekat botak dalam program itinerary sebab memikirkan ini negara dia kan. So, masa dia sebut The Painted Ladies, aku dok bayang ARCA, atau tugu berseni perempuan la kan.. aku macam bosan la jugak.. tugu pun nak tengok.. tapi lepas tu bila sampai, laahh baru aku tahu. Rupa rupanya barisan rumah lama yang sangat cantik senibina dia. Kalau korang biasa dengan cerita sitkom ‘FullHouse’ Mary-Kate Olsen, haaa.. ini lah tempat dia. Masa kami sampai..dah lewat petang. Mendung pulak tu. Memang mendung dari pagi sampai lah kepetang hari tu. Memang frust sangat. So, ini je lah gambar yang mampu aku ambik.

Actually kan, semua rumah di tengah bandar San Francisco rupa macam ni lah. Cantik gila.
7) Golden Gate Bridge
Yang ini pun aku rasa, memang wajib lah lawat bila dah sampai San Francisco. Kalau Malaysia dengan Twin Tower, Dubai dengan Burj Dubai, London dengan Big Ben dia, so San Francisco pula dengan Golden Gate Bridge nya. Lagi lagi kalau korang jenis peminat Super Engineering. Kalau nak best lagi, cross la bridge tu. Botak tak mau. Dia kata dia malas bayar TOL. Kedekut tangkai jering nya laki aku ni.

8) Makan Seafood di Fisherman’s Wharf
Hangpa ada duit lebih, sila. Aku memang terlioq lah tengok ketam, lobster bagai. Tapi aku rasa hangpa dah dapat teka aku dapat merasa ke idak kan… hahhaha. Dia ada dua version. Masuk restoran duduk, order ikut menu, minimum USD 50 sepinggan. Kalau makan berdiri kat luar, order apa sahaja tapi bukan ketam dan lobster, USD 10-15 jek. Jadi, memandangkan laki aku ni penjimat, kami order sotong dan udang celup tepung tapau makan dalam kereta sambil drive balik hotel. Syukur..dapat la jugak merasa makan seafood di San Francisco kan.. jangan merungut… hahahhahaha.
Ini je 8 tempat yang sempat kami lawat selama sehari di Bandar San Francisco termasuk parking seharian menelan kos USD 25. So kiranya, kalau korang ada masa sehari je, boleh la kut try macam ni. So total kami berdua melawat untuk hari tu tak sampai USD 150 pun. Next time kalau ada sumur di ladang, boleh lah sapa sapa menumpang mandi, jika ada umur yang panjang datang lagi ke San Francisco, akan aku create itinerary sendiri. Itinerary botak macam tak best lah.
Tapi pengalaman menapak balik dari Union Square lalu China Town sampai balik ke Pier memang tonggek. Kau tengok la bentuk mukabumi bandar San Francisco ni..sebab tu la depa pakai Cable Car. Tapi, kalau kau berjalan dengan si botak ni, memang mendapat lah kau. Memang betul betul BERJALAN!
Tapi bagusnya bila menapak berjalan kaki, peluang kau untuk sesat dan terserempak dengan bangunan cantik, memang 99.9% chances lebih dari naik kenderaan la kan.


Jadi, untuk lebih afdal, menapaklah. hahaha.
Ok. habis dah.
San Francisco
Ogie Rahman
March 14, 2016 at 1:53 amNormi…memang cantik barisan rumah tu….cool aje 🙂
heartboxx
March 17, 2016 at 11:08 pm😀