Tips Plan Melancong ke South Korea Tanpa Agen / Backpackers Style

Salam lagi 2 minggu nak raya.

Pada sesiapa yang dah lama atau baru follow aku di blog ni atau di Facebook, pasti sangat maklum yang segala lawatan yang aku plan sendiri kamikaze. Alhamdulillah berkat pengalaman bekerja dengan travel agen selama 8 tahun, aku mampu dan berani merancang sendiri itinerary aku selama berhari hari di negara orang. Tapi masa tu Naracards ni tak wujud lagi. Jadi aku share dengan korang pasal Naracards ni. Jadi korang yang tak ada pengalaman kerja Travel Agent, Naracards ni simplified kan lagi kerja kerja korang dalam mengatur acara lawatan di South Korea terutamanya Seoul, Busan dan Jeju!

Naracards Seoul Set

Pertama kali ke Korea dan pergi tanpa travel agen? dengar sekali macam susah kan. Tapi sebenarnya tak susah. Kenapa tak susah? Baca artikel ini sehingga habis dan anda akan tahu pergi ke Korea pertama kali tanpa guna travel agen adalah trip yang sangat menjimatkan, selamat, tak sesat dan sangat mudah!

Aku akan ceritakan secara ringkas 5 perkara penting yang korang perlu buat dan 5 masalah yang perlu anda hadapi dan atasi untuk travel secara sendiri ke Korea secara jimat.

#1 Tiket Penerbangan
Air asia selalu buat promo, kalau dapat yang murah jangan tunggu lagi terus book dan rancang perjalanan. Atau gunakan skyscanner untuk dapatkan tiket flight murah, walaupun penerbangan terpaksa transit di beberapa negara terlebih dahulu.

#2 Penginapan
Jika pergi beramai-ramai, stay di guesthouse. Atau boleh sewa satu apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan, menggunakan Airbnb.

#3 Pengangkutan
Nak jimat? pergi bertiga atau berempat. Kenapa? Sebab teksi di Korea boleh naik sehingga 4 orang. Jika nak ke tempat-tempat yang dekat sahaja boleh jimat kerana kos teksi boleh dibahagikan. Boleh jadi ia lebih murah daripada naik subway yang perlu bayar sorang satu tiket. Kebanyakan tempat bolek diakses menggunakan public transport di Korea. Kalau nak guna subway, baca tips ini. Kalau nak drive kereta sewa, baca pula tips ini.

#4 Makanan
Plan berapa hari nak ke Korea? agak-agak berapa banyak makanan yang diperlukan? Kumpulkan dalam 1 kotak bersaiz sederhana. Sumbat semua dalam tu kicap, rencah nasi goreng, ikan bilis yang dah siap goreng maggi dan lain-lain. Waktu ketibaan, declare kat diorang kata dalam kotak tu semuanya makanan.

#Pakaian
Berikut adalah anggaran musim-musim di Korea. Berpandukan musim ini anda perlukan pakaian tambahan semasa musim sejuk dan mungkin musim luruh.

November ke February – musim sejuk
March ke May – musim bunga
June ke August – musim panas (sama macam malaysia)
September ke November – musim luruh

Dah selesai ?

5 perkara diatas kalau dah faham dan hadam, bagus. Sekarang jom tengok masalah yang korang perlu atasi pula.

PLANNING

Kalau travel sendiri tanpa travel agen, yang menentukan berjayanya trip tersebut atau tidak ialah sejauh mana tahap perancangan korang yang melibatkan beberapa perkara kat atas. Inilah sebenarnya yang paling susah. Ramai orang jadi malas bila sampai bab ini. Lagi-lagi kalau pergi bertiga atau berempat. Masing-masing nak taichi siapa yang nak kena buat planning ni semua? Kalau aku, awal-awal lagi botak suruh aku pilih mana temat nak pegi dan nak stay hotel mana. 

Maklumlah, nak planning bukan mudah. Beli tiket flight murah time bila? planning. Nak tinggal kat mana yang murah? dekat ke dengan subway? planning. Nak pergi dari Airport ke Seoul station macamana yang paling mudah dan murah? planning. Kalau hari ini tak sempat nak masak nak makan restoran mana? planning. Semua ini kena plan betul-betul supaya perfect atau hampir kepada perfect, korang akan rasa puas dan percutian akan rasa sangat sangat berbaloi.

Semuanya planning.

Planning adalah masalah utama bagi backpacker. Kenapa ia jadi satu masalah dan beban? sebab yang akan buat planning ni ada yang bekerja, sibuk dengan tugasan. Ada yang student, tak cukup masa kerana sibuk dengan assignment.

DESTINASI

Sebelum sampai ke Korea, korang perlu ada itinerary. Itinerary ini adalah panduan tentang destinasi mana yang nak kena pergi pada hari 1, 2, 5 dan seterusnya. Susunan itinerary sangat penting. Jika tak susun betul akan terjadi 2 kemungkinan. Pertama, korang akan sesat. Kedua, korang akan membazir masa untuk perjalanan sahaja. Susunan itinerary ini kena smart. Contohnya, susun perjalanan hanya menggunakan 1 jenis train sahaja tanpa perlu transit. Atau perjalanan dari utara ke selatan atau timur ke barat, satu hala dan sebagainya.

Tetapi, menjadi masalah kerana anda pertama kali nak ke Korea? Bagaimana nak susun itinerary yang bagus dan bijak tanpa meluangkan masa yang lama?

Antara cara yg mudah ialah refer itinerary atau pengalaman orang yang pernah pergi ke Korea. Selalunya mereka tidak kedekut untuk berkongsi. Atau boleh refer blog seperti blog melancong atau ambik saja itinerary dari brochure / website travel agen yang mempromosi lawatan ke Korea. Ada pelbagai sumber sebenarnya untuk dapat info-info ini. Namun berbalik semula kepada masa, mungkin ada yang sibuk dan ada yang malas untuk buat semua ni. Akhirnya, follow sahaja lah bulat-bulat itinerary orang yang sedia ada. Tak salah, cuma anda akan ada sedikit perasaan kurang yakin, risau dan sebagainya.

PENYELESAIAN MUDAH

Oleh itu sebagai memudahkan planning sebelum dan ketika perjalanan korang ke Korea, pengasas Naracards.com telah menghabiskan banyak masa untuk menghasilkan sebuah kad panduan yang diberi nama Naracards Korea Travel Guide.

Korang boleh check dekat sini website nya : Naracards.com 

Apa dia Naracards ni?

Naracards adalah kad panduan melancong ke Korea yang mana setiap kad terdapat informasi mengenai destinasi pelancongan popular dalam bahasa Korea dan bahasa inggeris.

Informasi yang terdapat pada setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, pnduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan

Naracard sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang pertama kali ingin bercuti ke negara tersebut dan ingin travel secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen.

Naracards boleh digunakan untuk teksi, pengangkutan awam (subway,train,bas) dan juga pemanduan kereta sewa.

Terdapat sekitar 30 ke 40 destinasi (berbeza mengikut keluaran) dalam 1 kotak. Sebagai contoh, Naracards Seoul ada 34 destinasi manakala Naracards Busan pula ada 30 destinasi yang boleh dipilih untuk disusun dalam perancangan itinerary.

Setiap Kad ini sangat kecil, mudah dibawa dan disimpan dalam beg duit, berkualiti tinggi, membantu perjalanan dan tidak memeningkan anda untuk membuat keputusan destinasi mana yang perlu dipilih.

Mengapa tidak banyak destinasi dalam 1 keluaran? Kerana kami mementingkan keringkasan.
Lagipun, banyak tempat yang temanya sama sahaja dan kami cuba untuk elakkan persamaan (redundancy). Sebab itu 30 ke 35 destinasi sudah memadai untuk trip yang pendek atau sederhana panjang. Bayangkan jika ada 100 destinasi untuk dipilih, kami bukan memudahkan anda malah menambahkan lagi masalah baru. Betul tak?

Jadi, jom lihat maklumat lebih lanjut mengenai Naracards travel guide di sini,

www.Naracards.com

Enjoy your trip!

 

Comments

comments

Leave a Reply