URBAN TIPS #1 : Ketiak Hitam No More.

Salam Maal Hijrah. Sempena tahun baru ni, aku nak kongsi post post yang boleh membawa pahala lah. Semoga dengan section yang baru ni, korang dapat manfaat darinya. 

Serious, aku terpaksa buat post ni juga sebab aku dah cukup muak dengan orang yang jual obat/ sabun cerahkan ketiak dekat Facebook. Termasuk juga dengan deodorant yang kononnya boleh cerahkan ketiak. Rentikan lah semua tu. Dengan segala baik hati dan ikhlasnya hati aku, aku nak kongsi kan dengan korang tips untuk jaga ketiak. Tak ada sapa bayar aku untuk post tips ni. Aku memang kongsi Lillahi Taala.

1) Berhenti cukur ketiak.

Sebab mata pisau cukur tu tajam. Kau rasa dan nampak dia hilangkan bulu ketiak kau sahaja. Tapi sebenarnya dengan kulit kulit ketiak sekali dia kikis. Kulit bahagian ketiak sangat sensitif. Bila kau cukur, secara tak sengaja kau kikis sekali lapisan yang melindungi ketiak kau. So yang hitam tu merupakan parut permukaan kulit yang lembut yang telah kau sagat dengan mata pisau cukur tu tadi. Kalau kau guna pisau cukur tu, kau minum sabun pencerah ketiak tu pun, ketiak kau takkan cerah nak.

2) Start Pakai Wax Strips

Benda ni kau boleh beli di Watson, Guardian dan farmasi yang sewaktu dengannya. Ada dua jenama yang aku selalu pakai. Veet atau Nair. Aku pakai benda ni dah dekat 4 tahun kut. Aku buang misai (ya, aku bermisai. So? Kau ada masalah ke?), bersihkan kening semua pakai wax strips ni. Mesti kau ingat sangat sakit kan? Maybe mula mula tu agak sakit. Tapi tak la sakit mana pun. Terkejut je lebih. Tapi, bila kau dah biasa pakai, geli je rasa dia. Mana satu kau nak? Sakit dalam masa 1-3 kali penggunaan atau ketiak kau hitam sampai kau jadi nenek?

Cara memutihkan ketiak hitam

Harga benda ni sekotak dalam RM30. Ada 20 keping. Setiap keping ada 2 permukaan wax. Aku pakai sekeping setiap seminggu setengah. Dulu masa aku berkarier banyak duit dan tak ada komitment aku memang setiap minggu pegi beauty Salon dekat Bangsar tadah ketiak aku kat sana. Tapi sekali buat RM15. Sebulan aku keluarkan RM45 untuk ketiak je. Belum lagi kira bahagian sulit yang lain. (Hehe) Tak masuk parking kereta semua. Tapi, sejak aku jumpa menatang ni, banyak duit aku save. Ketiak aku pun kekal cantik. Cantik ke? Karang aku letak gambar ketiak kat sini karang, ramai lak kutuk aku. Tak pasal pasal jadi viral pulak satu Malaysia. Orang Malaysia bab trollkan orang memang nombor satu.

Cara cara penggunaan detail ada dibelakang kotak. Kalau tak reti baca bahasa Inggeris, sila pegi tengok video dia di veet.com. Dalam kotak tu juga disertakan sekali tisu yang dah direndam dengan pelembab berminyak untuk tanggalkan saki baki getah wax di kulit. Selai dua lai bulu yang tertinggal tu kau cabut la pakai tweezer. Percaya lah cakap aku. Lepas kau guna ni kali pertama, kau akan rasa perbezaan betapa bestnya, lembutnya ketiak kau. Dan lepas beberapa minggu pakai, beserta dengan kau scrub ketiak kau masa mandi, Insyaallah, ketiak kau cerah, sikit lagi nak secerah muka pengasas QuPuteh tu. Lepas beberapa bulan, bulu ketiak kau jadi halus macam rambut baby baru lahir.

Eh, jangan ingat kau pakai baju lengan panjang, kau tak payah jaga ketiak. Ini dari wanita ke wanita lah ya (nada iklan Dynas Kosmetik) Kau tak malu dengan laki kau ke tunjuk ketiak hitam?

Itu je lah aku nak kongsi kali ni. Selamat mempunyai sepasang ketiak yang cerah dan cantik.

Xoxo,

#TeamKetiakCantik.

Comments

comments

Leave a Reply