Urban Tips: Make Up, Skin Care and All That Shit (Produk Kilo).
Just a quick update.
Aku ni bukan lah beauty guru atau pro make up artis. Tak beauty pun. Muka pun dah bercapuk sejak beranak satu. Tapi aku tak lah menggelabah nak cantik macam artis dan Instafamous yang keluar dengan pelbagai self claimed miracle product that can heal you within 72 hours (3 Hari). Gila ah. Setahu aku, cuka acid getah je boleh bagi kau instant changes pada wajah. Haha.
Cuma, sejak aku join page “Skuad Pengguna Bijak” yang sensasi oleh Khairul Yoi, barulah aku dapat insight betapa gullible nya rakyat Malaysia dalam nak jadi cantik. Tapi bukan sihat. Cantik je pun dah cukup. Aku dapat tahu hal “krim kilo” ni pun dari page Khairul Yoi ni lah. Aku follow pun sebab dia up kan post sensasi pengasas / founder skin care dan make up yang agak level artis artis. Disebab kan oleh sifat kebawangan yang ada pada aku, maka sukalah aku follow page tersebut.
Aku memang respect pada Khairul Yoi atas kesabaran dia mendidik WANITA Malaysia dalam penjagaan kulit dan kesihatan. Tapi yang buat aku agak bengang ialah, 100 list produk si Khairul Yoi up dekat page dia berserta ciri ciri untuk mengenal pasti produk krim kilo, 1000 followers dia akan kepilkan gambar product skin care dan make up yang tak pernah aku dengar kewujudan namanya di bahagian komen dengan perkataan “abah, yang ni ok tak?”
Kalau si Khairul Yoi tu ajar dekat followers semua macam mana untuk kenal pasti produk krim kilo or “produk sampah” dalam bahasa kasarnya, di sini ingin lah aku berkongsi dengan panduan untuk beli skin care yang korang baru nak cuba tanpa perlu lagi dok tanya “abah, yang ni ok tak?” Yang penting, korang kena la usaha sikit.. nak cantik kena la usaha lebih sikit.. kan.. Panduan ini juga boleh la korang apply sebelum nak beli supplement untuk kurus, untuk gemuk, untuk tinggi, untuk ketat..apa apa je lah!
- BUAT RESEARCH. Type in jenama dan nama produk yang korang nak beli di GOOGLE.
Baca sendiri kegunaan dan kebaikan produk tersebut. Jangan dok tadah dengar apa orang cakap. Kulit setiap orang tak sama ok. Nanti bila kulit muka kau hancur, kau tahu kan apa jawapan mereka “kulit tak sesuai la tu“… haaaa. Ambik kau.
2. BACA REVIEW TENTANG PRODUK YANG INGIN DIBELI
Yang ini sangat sangat penting. Macamana kau nak baca review, meh sini aku ajar. Selalunya semua barang ada dijual di Amazon. Walau kau takkan beli benda yang kau nak tu di Amazon, tapi kau boleh guna Amazon website untuk buat research. Setiap produk di situ akan ada user’s review. Rujuk gambar di bawah yang aku bulatkan merah;
Klik pada gambar bintang bintang kuning tu akan keluar lah beribu review tentang keberkesanan produk tersebut. Macam ni;
Contoh lagi;
Tapi kalau kau tak speaking English, aku tak tahu macam mana nak tolong. Kau siap boleh pilih untuk baca review terkini tentang produk tersebut. Contoh aku tunjuk dalam gambar seterusnya;
Klik dekat “Recent Reviews” tu. Orang yang beli semalam atau petang tadi pun cepat je letak review. Kau ingat orang Melayu saja ke kuat bawang. Mat Salleh lagi 800 kali ganda bawang dia dari kau, tahu tak? Pantang ruang untuk review, memang siap dengan gambar sekali letak kau tahu?
Dekat website Bodyshop Malaysia pun ada review macam ni juga untuk seluruh barang barang dia.
Kenapa review penting? Review dari pengguna yang membeli adalah sangat JUJUR dari review oleh orang yang DI BAYAR untuk review. Kau tahu sapa yang di bayar untuk review? Baca point seterusnya;
3. JANGAN PERCAYA KATA KATA DALAM “PAID REVIEW”
Korang tahu kan, paid review ni selalu sapa yang buat? Orang yang viral, Orang yang ramai followers dekat social media, Instafamous dan artis artis. Mereka ini semua DIBAYAR untuk melariskan produk yang entah mana asal usul cara pembuatannya. Dan kalau kau perasan. semua yang buat Paid Review ni CANTIK & MUDA orangnya. Kau ada nampak artis tua buat review produk glowing dalam masa 3 hari dekat Instagram?
4. AMBIK KATA KATA REVIEW PENGGUNA SEBENAR
Which is, dia tidak di bayar. Tapi dia famous. Cuma dia suka berkongsi info tentang barang yang dia guna. Maksudnya, dia keluar modal sendiri untuk test barang tersebut.
5. RUJUK YOUTUBE
Yang ni aku paling suka buat. Sebab bila kita tengok review bervideo, lagi puas hati. Pun kau kena pilih bukan PAID REVIEW ya. Contohnya senang saja, kau type in dekat ruangan “search” atau pun “Cari” nama produk yang kau nak tahu keberkesanannya. Berlambak lambak keluar. Contoh macam dekat gambar bawah. Aku nak tahu pasal Olay Luminous Miracle Boost Concentrate. Sebab aku sekarang dalam proses nak treat hyper pigmentation (Jeragat) dekat muka aku ni;
Tapi kan, aku tak pasti ada ke orang melayu buat review macam orang bukan melayu. Aku rasa macam kurang kut. Sebab orang Melayu tunggu cantik baru nak keluar Video. Dan kalau tak cantik, tak ada Melayu nak tengok dan percaya kata kata dia. So susah la sikit dekat sini. Nak tak nak terpaksa la korang dengar dalam bahasa Inggeris ya?
6. FOLLOW PAKAR KULIT / PAKAR KESIHATAN DI MEDIA SOCIAL
Yang ni pun penting. Kau nak dengar cakap pakar atau kau nak dengar cakap budak lapar cendol / King Koko punya nasihat? Tepuk dahi tanya akal.
Aku punya personal preference, ialah Dr Dray. Dia pakar dermatologist. Mungkin dia bebel agak panjang sikit, tapi kau boleh skip skip kalau tak sabar.
Bukan itu sahaja, dekat butang yang aku bulatkan tu, kau klik. Akan ada list of products yang dia recommend.
7. PRODUK TERSEBUT TIADA REVIEW. HANYA IKLAN
Mungkin produk tersebut masih baru. Untuk kes ni, aku cuma mintak korang sabar sikit saja, tunggu biar betul betul ada review. Kalau sampai mampus tak ada, tak payah la korang buang duit cuba hanya semata mata artis lawa atau Instafamous pakai.
So, itu lah antara steps yang aku selalu buat. Bukan apa, pada usia aku 43 tahun ni, aku tak mampu untuk cuba cuba benda baru hanya kerana Kila Fairy, Nora Danish, Rihanna atau Kylie Jenner pakai nampak cantik. Mereka semua ni memang dah cantik. Dan dengan kecantikan yang mereka ada, mereka meniaga. Tapi betul ke tidak mereka pakai produk yang mereka jual, religiously, hanya mereka sendiri dan doktor doktor pakar yang mereka mengadap sahaja tahu.
Like seriously. Celah mana diorang ni jumpa produk pelik pelik ni pun aku hairan. Berani pulak tu beli dan pakai. Kadang kadang harga satu set aku dengar macam nak pengsan. Mahal! Kebanyakan produk ini semua keluaran tempatan. Aku bukanlah memperlekehkan keluaran tempatan, tapi 98%nya aku memang tak percaya lah. Lagi lagi di endorsed oleh Instafamous dan Artis.
Aku dulu masa berkarier, memang agak besar juga belanja untuk penjagaan muka dan badan. Tapi aku tak pernah cuba cuba produk yang di jual merata online. I go by brand, how strong is their R&D and establishment. Aku pun kuat lompat juga. Biotherm, Clinique, Shiseido, Lancome, SK II dan paling last, CLARINS. Among of all, Clarins memang sesuai dengan kulit aku. Facial and Body care, Collect points, collect sample, facial treatment semua dekat Clarins Mid Valley. Memang agak mahal tapi seriously – NO COMPLAINTS lah. Memang improved texture kulit aku.
Bila dah tak berkarier, aku dah tak mampu ber Clarins. So aku beransur tukar kepada drug store brand tapi still establish la. Macam Eucerin, Olay dan L’oreal. Body Shop pun aku try juga. Sekarang aku dalam proses repair jeragat sebab kulit aku banyak rosak masa pregnant Athena Sophia. Masa aku cuba nak dapatkan Athena Sophia, sepanjang mengandungkan Athena Sophia dan 6 bulan selepas melahirkan, aku memang tak pakai apa apa produk pada kulit dan badan aku sebab takut effect kandungan (walaupun selamat digunakan) sebab ini adalah anak pertama aku. Precious Pregnancy kata orang. Botak pun siap berhenti merokok secara total setahun sebelum aku cuba mengandung. Kebetulan pula masa awal pregnant aku stay dekat Arizona. Fuhh dia punya matahari memang jeragat satu badan.
Aku tak berapa faham dengan orang yang gemar sungguh beli barang skin care dengan “agent” ni. Pergi kaunter direct kan senang. Online pun boleh sebenarnya. Jenama gah sebegitu rupa mesti lah boleh beli online. Tak main la bank in bank in whatapps semua ni.
Dalam masa yang sama, aku juga tak mampu nak jadi beauty guru dan share pendapat aku di Youtube mahupun Instagram. Aku ni tak lawa, tua pulak tu. Sapa je nak dengar cakap aku ni. Lagi kena maki adalah nanti.
So, ini jelah yang aku mampu kongsi. Semoga bermanfaat. Semoga cantik.
Leave a Reply